vivo Malaysia hulur bantuan segera kepada mangsa banjir

No Image Caption
A
A
A

Hulurkan sumbangan barangan keperluan kepada mangsa banjir di PPS

KUALA LUMPUR – Malaysia telah mengalami musibah banjir yang dahsyat tahun ini, dengan Selangor menjadi antara negeri yang paling teruk dilanda bencana alam itu.

Lebih 41,000 orang terpaksa dipindahkan daripada kediaman mereka dan ditempatkan di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS), manakala misi menyelamat mangsa banjir lain masih dijalankan di seluruh negeri.

Atas keprihatinan terhadap nasib mangsa-mangsa banjir di Selangor, vivo Malaysia terpanggil untuk menghulurkan bantuan segera kepada mereka yang dilanda bencana alam itu hujung minggu lalu.

Bagi meringankan beban dan kesengsaraan mangsa-mangsa banjir ini, vivo Malaysia sedaya upaya menghulurkan sumbangan kepada keluarga yang terjejas di PPS Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, Shah Alam

Sejumlah RM10,000 telah disumbangkan untuk tujuan pembelian pelitup muka, pembersih tangan dan kit ujian kendiri COVID-19 bagi menjamin kebersihatan dan keselamatan mereka yang berada di PPS berkenaan.

vivo Malaysia juga bekerjasama dengan Uncle Kentang menyumbangkan barangan makanan kepada keluarga mangsa banjir.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu, banjir yang melanda tempoh hari memang mengejutkan semua oarang dan menjejaskan kehidupan sebahagian besar penduduk negara ini.

“Kami di vivo cuba sebaik mungkin untuk membantu komuniti yang terjejas dan berharap dengan sumbangan ini dapat memberikan sedikit harapan kepada para mangsa banjir.

Artikel Berkaitan:

“Kita akan terus memainkan peranan dalam membantu komuniti dan mengambil berat tentang mereka,” katanya.