Korban mangsa banjir 41 orang, lapan masih hilang: KPN

Bencana banjir dilaporkan telah mengorbankan 41 nyawa di seluruh negara setakat ini manakala lapan orang masih hilang. - Gambar hiasan
Bencana banjir dilaporkan telah mengorbankan 41 nyawa di seluruh negara setakat ini manakala lapan orang masih hilang. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 41 kematian melibatkan kejadian banjir yang melanda negeri Selangor, Pahang dan Kelantan sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kesemua mangsa terdiri daripada 26 lelaki, 13 wanita dan dua kanak-kanak lelaki.

Menurutnya, negeri Selangor mencatatkan angka korban tertinggi iaitu 25 orang diikuti Pahang (15 orang) dan seorang di Kelantan.

"Daripada 25 jumlah kematian direkodkan di Selangor, 17 kes adalah lelaki dewasa, manakala lapan lagi kes melibatkan wanita dewasa.

"Di Pahang, lapan kes membabitkan lelaki dewasa, lima lagi kes adalah wanita dewasa serta dua kes kanak-kanak lelaki.

"Kematian dilaporkan di Kelantan pula membabitkan seorang lelaki dewasa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Acryl berkata, pihaknya turut merekodkan lapan mangsa yang dilaporkan hilang akibat banjir di Pahang.

"Lapan mangsa yang dilaporkan hilang di Pahang membabitkan tujuh lelaki dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki," katanya.

Artikel Berkaitan: