Tular individu petik ketum bukan anggota bomba

Video tular yang memaparkan beberapa individu sedang memetik daun ketum.
Video tular yang memaparkan beberapa individu sedang memetik daun ketum.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Individu yang dirakam memetik dipercayai daun ketum dalam satu video tular bukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Satu klip video berdurasi 16 saat tular di media sosial memaparkan beberapa individu yang berseluar celoreng bomba menaiki sebuah bot dan memetik daun ketum di sebuah kawasan yang dinaiki air.

Ketua Pengarah Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, pihaknya ambil maklum tentang kejadian tersebut dan satu siasatan telah dijalankan untuk mengenal pasti individu tersebut.

"Kami telah menjalankan siasatan berhubung video tersebut dan mendapati individu terbabit bukan anggota bomba.

"Seluar itu sesiapa sahaja pun boleh pakai. Banyak tempat ada dijual," jelasnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat

Artikel Berkaitan: