Video tular kenderaan miliki 397 saman tertunggak tidak benar

Tular video dimuat naik seorang pengguna TikTok yang mendakwa sebuah kenderaan didakwa mempunyai sebanyak 397 saman tertunggak pada Selasa.
Tular video dimuat naik seorang pengguna TikTok yang mendakwa sebuah kenderaan didakwa mempunyai sebanyak 397 saman tertunggak pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan video tular berkaitan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang didakwa mempunyai tunggakan sebanyak 397 saman di sebuah kawasan perumahan di Mount Kiara di sini.

Timbalan Pengarah (I) Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Deputi Komissioner Mohd Nasri Omar berkata, siasatan pihaknya mendapati tiada sebarang tunggakan saman sebagaimana ditularkan.

"Hasil semakan dijalankan mendapati video tersebut tidak benar dan tiada sebarang tunggakan saman dimiliki.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Pada Selasa, tular video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tik Tok yang mendakwa sebuah kenderaan didakwa mempunyai sebanyak 397 saman tertunggak.

Video tular tersebut turut menyatakan bahawa tiada tindakan diambil terhadap pemilik kenderaan tersebut biarpun memiliki jumlah saman yang banyak.