Zahid jamin himpunan ICERD tiada unsur perkauman

zahid
zahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan himpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) 8 Disember ini bebas daripada unsur perkauman dan sensitif.

Zahid yang juga Ketua Pembangkang itu sebaliknya berkata, himpunan gabungan Umno dan Pas itu hanya untuk menyatakan kesyukuran atas pembatalan ICERD.

"Saya mewakili kawan-kawan dengan Umno dan Pas akan tetap pergi dan ini mesti dipisahkan daripada isu-isu perkauman.

"Pertemuan yang kita lakukan dalam bentuk himpunan itu untuk menyatakan penghargaan, kesyukuran dan terima kasih di atas keputusan yang telah dibuat kerajaan khususnya keputusan Kabinet dalam kenyataan media menunjukkan bahawa kerajaan menolak ICERD untuk diratifikasikan," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyatakan himpunan tersebut berlandaskan standard prosedur operasi (SOP) Akta Perhimpunan Aman 2012 memandangkan penganjur telah mendapat permit daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas nasihat polis.

"Tentunya kami akan mematuhi semua syarat dalam perundingan yang telah dibuat dengan pihak berkuasa.

"Kita akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa," katanya.

Artikel Berkaitan: