X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Tuchel bangga aksi tiga pemain akademi

Jorginho (kiri), meraikan jaringannya pada perlawanan berkenaan. - Foto Skysports
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel menyifatkan ketiga-tiga pemain muda yang diturunkan pada aksi suku akhir Piala Liga berdepan Brentford pada Khamis telah berjaya memberikan aksi terbaik dan membantu kemenangan 2-0 The Blues.

Menurut Tuchel, ketiga-tiga pemain berkenaan, Harvey Vale, Xavier Simon masing-maising 18 tahun serta Jude Soonsup-Bell, 17, telah mempamerkan aksi mantap bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan beberapa pemain tonggak yang tidak beraksi berikutan masalah kecederaan selain disahkan positif Covid-19.

“Mereka telah beraksi dengan baik dan membantu kejayaan pasukan kali ini. Saya cukup berbangga menyaksikan aksi mereka.

“Sebenarnya, kita memutuskan untuk menyenaraikan mereka ke dalam skuad utama setelah mereka tidak berlatih selama seminggu berikutan penutupan akademi milik Chelsea.

“Secara keseluruhannya, mereka mematuhi segala arahan yang diberikan dan telah melaksanakn tugas dengan baik sambal dibantu oleh pemain-pemain senior sedia ada,” katanya.

Pada aksi suku akhir berkenaan, Chelsea nyata menerima tentangan hebat daripada Brentford hampir di sepanjang perlawanan.

Bagaimanapun pelawat hanya mampu menjaringkan gol hasil kesilapan pertahanan Brentford, Pontus Jansson yang menjaringkan gol sendiri pada minit ke-80 sebelum menambah jaringan menerusi pemain gantian Jorginho pada minit ke-85 bagi mengesahkan kemenangan.

Chelsea bakal berdepan Tottenham Hotspur pada aksi separuh akhir pertama 4 Januari depan dan separuh akhir kedua, pada 11 Janauari 2022.

Mengulas lanjut, Tuchel berkata skuad kendaliannya akan bersedia secukupnya bagi untuk berdepan Spurs pada aksi separuh akhir kelak dalam usaha mencatatkan kejayaan dan mara ke final Piala Liga kali ini.

“Biarpun di atas kertas, ia dilihat sebagai satu perlawanan yang sukar bagi kami, namun percayalah, kami tidak sabar untuk mengharungi perlawanan berkenaan kerana kami telah lama bersedia,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!