X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 28 Mei 2022

Razarudin dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu

Datuk Razarudin Husain
A
A

PUTRAJAYA - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baharu berkuat kuasa 26 Disember ini.

Razarudin, 58, menggantikan Datuk Seri Mazlan Lazim yang bersara wajib pada 25 Disember.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

Pelantikan itu selaras dengan Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, katanya pada sidang media selepas menyampaikan watikah Timbalan Ketua Polis Negara kepada Razarudin pada Rabu.

“Razarudin mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang dalam melumpuhkan serta memerangi kegiatan jenayah di seluruh negara.

“Saya percaya gandingan baharu beliau bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani akan memantapkan lagi gerak kerja Polis Diraja Malysia dalam memelihara keselamatan dan ketenteraman awam," katanya.

Razarudin yang berasal dari Dengkil, Selangor, telah berkhidmat selama 36 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula pada 27 Disember 1982.

Sebelum pelantikan terkini, beliau pernah memegang jawatan penting dalam PDRM antaranya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Pulau Pinang, Pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Perak dan seterusnya Timbalan Ketua Polis Perak sebelum diamanahkan mengetuai kontinjen itu. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!