Mayat mangsa banjir lumpur di Bentong ditemui

Anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu membawa mayat mangsa tragedi banjir lumpur melanda sebuah chalet di Bentong yang ditemui pada pagi Selasa.
Anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu membawa mayat mangsa tragedi banjir lumpur melanda sebuah chalet di Bentong yang ditemui pada pagi Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Mayat seorang daripada tiga mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir lumpur di sebuah chalet di Bentong pada Sabtu ditemui pada Selasa.

Mangsa wanita warga emas berusia 66 tahun itu ditemui kira-kira jam 10.15 pagi kira-kira 200 meter dari lokasi terakhir mangsa berada ketika kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa dijumpai pasukan penyelamat di bawah runtuhan kayu balak dan pasir.

Menurutnya, anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tertimbus.
Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tertimbus.

"Operasi mengesan dua lagi mangsa yang hilang diteruskan hari ini (Selasa)," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian banjir lumpur yang dilaporkan jam 10.40 malam pada Sabtu itu, tiga mangsa dipercayai hilang dibawa arus sungai.

Seramai 32 pengunjung chalet berkenaan termasuk lapan kanak-kanak berjaya diselamatkan.

Berikutan penemuan mangsa terbaru itu,sebanyak sembilan kes kematian direkodkan dalam kejadian banjir negeri ini dengan enam kematian di Bentong, dua di Kuantan dan satu kes di Raub.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi Bentong: Saksi nampak arus deras setinggi tiga tingkat

Banjir lumpur: Tiga pelancong masih hilang