PDRM umum pertukaran lima pegawai kanan termasuk Nik Ezanee

Nik Ezanee Mohd Faisal antara lima pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa serta merta.
Nik Ezanee Mohd Faisal antara lima pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa serta merta.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal antara lima pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa serta merta.

Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Ruslan Khalid dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan Nik Ezanee dilantik sebagai juruiring polis kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Jabatan Perdana Menteri.

Pertukaran lain melibatkan Timbalan Pengarah, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Mazli Mazlan dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Operasi) di jabatan sama.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak, Senior Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.

Pertukaran lain membabitkan Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Wan Rukman Wan Hassan yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Terengganu.

Dalam pada itu Senior Asisten Komisioner (Hal Ehwal Pesara Polis), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Soaihami Rahim dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman. - Bernama

Artikel Berkaitan: