Penyanyi Yantzen antara mangsa banjir

Gambar Yantzen yang berada di PPS dikongsi oleh penyanyi Black Dog Bone, Jatt Ali di Facebooknya pada Isnin. - Gambar FB Jatt Ali
Gambar Yantzen yang berada di PPS dikongsi oleh penyanyi Black Dog Bone, Jatt Ali di Facebooknya pada Isnin. - Gambar FB Jatt Ali
A
A
A

MUSIBAH banjir yang melanda di beberapa kawasan di Lembah Klang dan beberapa negeri di Pantai Timur menyebabkan ramai yang terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Hujan tanpa henti sejak Jumaat menyebabkan banyak kawasan dinaiki air yang tidak dijangka oleh penduduk serta pihak berwajib.

Turut terkesan dengan musibah yang tidak diduga di beberapa tempat di Selangor dan Kuala Lumpur ini adalah beberapa artis tempatan.

Antaranya adalah bekas penyanyi Rusty Blade dan May serta Yantzen yang terpaksa berpindah ke PPS akibat banjir yang melanda kawasan Hulu Langat.

Gambar Yantzen yang berada di sebuah PPS di ibu negara dikongsi oleh penyanyi Black Dog Bone, Jatt Ali di Facebooknya pada Isnin.

"Masya-Allah sahabat artis dari SG Yantzen pun turut terjejas akibat banjir melanda," tulis Jatt.

Yantzen yang popular dengan lagu Insan selepas meninggalkan kumpulan Rusty Blade dan kemudiannya menyertai kumpulan May.

Difahamkan, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu, Yantzen bersama Rusty Blade telah menyiapkan single untuk peminat-peminat kumpulan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Setakat 11 malam Isnin, Info Bencana JKM melaporkan seramai 67,296 mangsa yang terkesan akibat bencana banjir di lapan negeri. Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) melaporkan, setakat 12 tengah hari ini (Isnin) sejumlah 59,291 mangsa dari 13,710 keluarga telah dipindahkan ke 467 pusat pemindahan sementara (PPS).

Lapan negeri terbabit ialah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ia melibatkan 18,556 keluarga. -Awani