Lebih 500 mangsa banjir di Bukit Changgang diselamatkan

Amirudin berkongsi perkembangan terkini mangsa banjir di laman Facebooknya pada Isnin.
Amirudin berkongsi perkembangan terkini mangsa banjir di laman Facebooknya pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Lebih 500 mangsa di Bukit Changgang, Sepang diselamatkan dari kawasan terjejas banjir dan dipindahkan ke tempat selamat pada Isnin malam.

Perkembangan itu dikongsi Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari di laman Facebooknya dan berkata, mangsa ditempatkan di Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kemaskini 9:55 mlm - Bukit Changgang - lebih 500 mangsa telah dikeluarkan dan ditempatkan di Masjid KLIA ada sebahagian yang tinggal akan dibawa keluar esok.

"Dengan bantuan 15 buah bot setakat ini, kita akan tambah lagi dengan aset yang ada pada polis dan tentera. #BanjirSelangor," catat beliau di laman sosialnya pada Isnin.

Dalam perkembangan berasingan, Amirudin dijadualkan mengadakan sidang media khas di Bilik MTES, Bangunan Sultan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada jam 2 petang pada Selasa.

Beliau akan memaklumkan status terkini banjir di Selangor serta keadaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan langkah penyelarasan seterusnya termasuk pembersihan kawasan dilanda banjir bagi memastikan nyawa, makanan serta kebajikan mangsa yang terkesan terbela.

Artikel Berkaitan: