Mohon anak angkat ikut prosedur sah

Kalsom (dua dari kiri) menyantuni mangsa banjir di PPS SK Krubong pada Isnin.
Kalsom (dua dari kiri) menyantuni mangsa banjir di PPS SK Krubong pada Isnin.
A
A
A

MELAKA - Pasangan suami isteri yang mahu mendapatkan anak angkat diminta melalui prosedur yang sah seperti membuat permohonan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Melaka, Datuk Kaslom Noordin berkata, kesal dan terkejut apabila negeri ini dijadikan sindiket memperdagangan bayi termasuk kanak-kanak.

"Tindakan mengambil jalan mudah mendapatkan anak angkat melalui sindiket akan memberi masalah kepada keluarga angkat dari segi dokumentasi surat beranak dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong, di sini, pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis tumpas sindiket jual bayi RM12,000

Kaslom turut menegaskan, mana-mana individu yang mahukan perlindungan seharusnya menuju tempat yang disediakan seperti memaklumkan kepada JKM ataupun ke Sekolah Harapan di Jasin bagi mengelak sindiket mengambil peluang.

"Kita ada Sekolah Harapan yang menempatkan remaja atau gadis terlanjur.

"Bilangan penghuni juga semakin ramai dan mereka yang ditempatkan di sekolah itu bukan sahaja dari Melaka bahkan dari negeri-negeri lain," katanya.

Sinar Harian pada Isnin menyiarkan usaha pihak polis menyelamatkan tiga bayi dan seorang kanak-kanak berusia lima tahun dipercayai untuk dijual oleh sindiket memperdagangkan bayi kepada keluarga angkat.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohamad Ali berkata, kejayaan tersebat sekali gus menumpaskan kegiatan tidak bermoral itu yang didalangi seorang wanita dikenali sebagai Nana.

Susulan penangkapan tersebut, polis turut menahan 14 suspek membabitkan empat lelaki dan enam wanita warga tempatan serta empat wanita warga Indonesia sejak 30 November lalu hingga Ahad lalu.

Mengulas lanjut beliau berkata, pelbagai usaha akan diambil pihaknya dalam masa terdekat ini bagi memelihara dan melindungi peranan wanita terutama golongan ibu muda yang akan melahirkan anak tidak sah taraf.

''Kerajaan negeri juga berusaha membanteras isu keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang berlaku di negeri ini," katanya.