Lebih 60,000 mangsa banjir di seluruh negara

Khairul Anuar Muhamad, 37, (kiri) menarik sampan bersama isteri dan anaknya untuk berpindah ke rumah saudara mereka setelah rumah mereka ditenggelami banjir ketika tinjauan di Kampung Tersang Rantau Panjang pada Isnin. - Foto Bernama
Khairul Anuar Muhamad, 37, (kiri) menarik sampan bersama isteri dan anaknya untuk berpindah ke rumah saudara mereka setelah rumah mereka ditenggelami banjir ketika tinjauan di Kampung Tersang Rantau Panjang pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Mangsa banjir di negara ini mencecah 60,150 orang, melibatkan lapan negeri iaitu Selangor, Kelantan, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kuala Lumpur dan Terengganu.

Berdasarkan aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah keluarga yang terkesan ialah 16,501 keluarga sehingga jam 5.30 petang tadi.

Setakat ini, 448 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.

Selangor mencatatkan jumlah mangsa yang tertinggi iaitu 22,786 orang melibatkan 6,485 keluarga dan kini ditempatkan di 131 PPS.

Di Pahang, sejumlah 259 PPS telah dibuka dan menempatkan 31,904 mangsa dari 8,470 keluarga.

Di Kelantan, jumlah mangsa yang terlibat dengan pemindahan adalah seramai 3,660 orang melibatkan 1,108 keluarga dan kesemua mereka ditempatkan di 35 PPS.

Sementara di Melaka, 679 mangsa dan 254 mangsa di Negeri Sembilan kini ditempatkan di 14 PPS.

Di Perak, Kuala Lumpur dan Terengganu, masing-masing tiga PPS dibuka yang menempatkan 270 mangsa di Perak, 534 mangsa di Kuala Lumpur dan 63 mangsa di Terengganu.

Artikel Berkaitan: