Jepun mula rekrut angkasawan baharu

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

ISTANBUL - Jepun pada Isnin mengumumkan kempen pengambilan angkasawan untuk misi meneroka bulan.

Buat pertama kali dalam tempoh 13 tahun, Agensi Angkasa Jepun (JAXA) mengumumkan pengambilan untuk angkasawan yang dijangka tamat menjelang 2023.

“Kami sedang mencari mereka yang boleh menyumbang kepada pembangunan penyelidikan dan aeroangkasa daripada segenap aspek, tidak terhad kepada pengalaman industri aeroangkasa sahaja,” lapor Anadolu memetik kenyataan JAXA.

Pada Oktober lepas, bekas Menteri Pendidikan dan Sains Jepun, Koichi Hagiuda berkata, pihaknya mempunyai matlamat untuk rakyat Jepun berada di bulan buat kali pertama.

Negara itu mempunyai tujuh angkasawan di bawah misi Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAEA) dan tiga daripadanya telah pun mengembara ke angkasa lepas.

Kumpulan angkasawan yang dipilih akan menjadi sebahagian projek penerokaan bulan yang diketuai Ameria Syarikat (AS).

“Kami membuka permohonan setiap lima tahun bermula sekarang untuk memastikan kumpulan angkasawan sentiasa dalam keadaan siap sedia," kata Koichi.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 963 orang telah memohon.

Artikel Berkaitan:

AS menyasarkan untuk menghantar manusia ke bulan menjelang 2024, di bawah program Artemis, julung kali sejak misi Apollo 17 NASA pada 1972. - Bernama