X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Perak lulus pindaan Enakmen Mahkamah Syariah

DUN Perak meluluskan Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) (Pindaan) 2021 sempena Persidangan Keenam, Mesyuarat Kedua, Tahun Keempat Dewan Negeri Perak ke-14 di sini pada Isnin.
A
A

IPOH - Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak meluluskan Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) (Pindaan) 2021 sempena Persidangan Keenam, Mesyuarat Kedua, Tahun Keempat Dewan Negeri Perak ke-14 di sini pada Isnin.

Ketika sesi penggulungan, Saarani menjawab beberapa perkara dibangkitkan pembahas antaranya kelayakan peguam bukan beragama Islam untuk beramal di Mahkamah Syariah.

Menurutnya, Mahkamah Syariah Perak hanya membenarkan peguam beragama Islam untuk beramal merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan lawan Victoria Jayaseele Martin & Another Appeal (2016).

Usul pindaan terhadap enakmen tersebut dibahas enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Mohd Zaidi Aziz (BN-Slim), Dr Abdul Aziz Bari (DAP-Tebing Tinggi), Khairudin Abu Hanipah (BN-Blanja), Datuk Asmuni Awi (Amanah-Manjoi), Dr Jurij Jalaluddin (BN-Lubuk Merbau) dan Aminuddin Zulkipli (Amanah-Behrang) selama satu jam.

Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid kemudian mengarahkan semua ADUN yang menyokong usul tersebut menyatakan persetujuan sebelum mengumumkan enakmen diluluskan bagi bacaan kali kedua dan ketiga.

Pada 17 Disember lalu, Saarani membentangkan enakmen tersebut melibatkan penambahbaikan 13 peruntukan sedia ada dan menambah lima peruntukan baharu bagi memperkemaskan perjalanan dan pengurusan Mahkamah Syariah Perak.

Menurutnya, penambahbaikan dari masa ke masa berkaitan prosedur dan pengurusan Mahkamah Syariah perlu sentiasa dikemas kini supaya kedudukan serta martabatnya sentiasa dihormati sebagai institusi kehakiman syariah yang berwibawa di negeri ini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!