Banjir: Kerja pembersihan di KL dibuat serta-merta

Perjumpaan diadakan di Bilik Gerakan Bencana DBKL ini turut melibatkan pegawai mewakili pelbagai agensi penyelamat.
Perjumpaan diadakan di Bilik Gerakan Bencana DBKL ini turut melibatkan pegawai mewakili pelbagai agensi penyelamat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja pembersihan jalan raya dan sampah sarap di sekitar bandar raya ini akan dilaksanakan serta-merta bagi memastikan aliran trafik di Kuala Lumpur kembali pulih.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim melalui kenyataan di Facebooknya berkata, beliau merangka strategi melaksanakan gerak kerja itu bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah.

"Kerja-kerja pembersihan jalan raya dan sampah sarap di sekitar bandaraya akibat bencana banjir akan dilaksanakan serta merta hari ini, agar trafik kembali lancar," katanya di laman sosial itu pada Ahad.

Turut terlibat, dalam perjumpaan di Bilik Gerakan Bencana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu ialah semua pegawai mewakili pelbagai gensi penyelamat.

Dalam catatan berasingan, Shahidan meminta penduduk terlibat banjir mengikut saranan keselamatan banjir dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Antaranya mendengar pengumuman menerusi media massa dan menunggu arahan dikeluarkan serta bersedia dengan beg kecemasan dan segera berpindah ke pusat pemindahan sementara sekiranya diarahkan.

"Sentiasa berwaspada, jaga keselamatan diri dan keluarga," tambahnya.

Artikel Berkaitan: