Celcom salur RM2 juta bantu mangsa banjir

Celcom memperuntukkan RM2 juta untuk bantuan dan sokongan kepada mangsa banjir di seluruh negara.
Celcom memperuntukkan RM2 juta untuk bantuan dan sokongan kepada mangsa banjir di seluruh negara.
A
A
A

SHAH ALAM - Celcom Axiata Berhad (Celcom) memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk pemberian bantuan dan sokongan terhadap mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara termasuk di Kuala Lumpur dan Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Datuk Idham Nawawi melalui kenyataan pada Ahad memberitahu, usaha itu digerakkan bersama rakan kongsinya seperti Agensi Bantuan Malaysia (MRA), Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC (GDRN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi terlibat.

Katanya, pasukan rangkaian Celcom juga ketika ini kekal berjaga-jaga untuk tindakan segera bagi menguruskan sebarang gangguan perkhidmatan di kawasan terjejas banjir.

“Pasukan rangkaian Celcom berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak 36 jam yang lalu, memantau dengan teliti tapak rangkaiannya dalam kawasan yang terjejas banjir.

“Celcom akan kekal berwaspada dan memastikan pasukan rangkaian di lapangan bersedia untuk meminimumkan sebarang gangguan rangkaian,” katanya.

Setakat jam 11.20 pagi Ahad, jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 17,963 orang membabitkan 6,135 keluarga di lapan negeri dengan Perak dan Kuala Lumpur menjadi negeri terbaru dilanda bencana tersebut.

Artikel Berkaitan: