Bank sedia bantu peminjam terjejas akibat banjir

 Beberapa penunggang motosikal meredah banjir kilat yang terjadi di Batu 3, Lebuhraya Persekutuan akibat limpahan air dari Sungai Damansara ketika tinjauan hari ini. - Foto Bernama
Beberapa penunggang motosikal meredah banjir kilat yang terjadi di Batu 3, Lebuhraya Persekutuan akibat limpahan air dari Sungai Damansara ketika tinjauan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sektor perbankan bersedia menawarkan program bantuan pembayaran kepada peminjam yang terkesan akibat banjir, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, butiran lanjut akan dikongsi oleh Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan (ADFIM) dan bank-bank yang terlibat dalam masa terdekat.

Ini adalah hasil daripada perbincangan Kementerian Kewangan (MOF) dengan Bank Negara Malaysia (BNM), ABM, AIBIM dan ADFIM, katanya dalam kenyataan, pada Ahad. - Bernama

Artikel Berkaitan: