Rumah lenyap dihanyut banjir

Hanya atap yang tinggal di tepi jalan utama di Kampung Bandar Tinggi, Jelebu.
Hanya atap yang tinggal di tepi jalan utama di Kampung Bandar Tinggi, Jelebu.
A
A
A

JELEBU - Sebuah rumah di Kampung Bandar Tinggi di sini lenyap sekelip mata selepas dihanyutkan banjir dalam kejadian awal pagi Ahad.

Ketika kejadian kira-kira jam 3 pagi, terdapat enam individu berada di lokasi iaitu pasangan suami isteri, Fadilah Itam, 53, dan suaminya Ibrahim Taib, 62, bersama dua anak lelaki berusia 29 dan 22 tahun serta dua cucu perempuanya berusia 10 dan 12.

Menurut Fadilah, hujan berterusan sejak jam 3 petang Sabtu menyebabkan kediaman mereka berhampiran Sungai Triang ditenggelami air.

Sebuah rumah dihanyutkan banjir pada awal pagi Ahad.
Sebuah rumah dihanyutkan banjir pada awal pagi Ahad.

"Hujan mulai lebat jam 6 petang dan kami mengambil keputusan untuk berpindah termasuk membawa 15 ekor kucing peliharaan di kawasan selamat berdekatan sebuah kedai membasuh kenderaan berhampiran rumah yang kedudukannya lebih tinggi.

"Kami berada di kedai berkenaan untuk menunggu air surut namun jam 3 pagi suami dan salah seorang anak memaklumkan bahawa rumah kami sudah terangkat dan dihanyutkan banjir," katanya ketika ditemui di kampung itu pada Ahad.

Katanya, disebabkan kejadian itu kesemua barangan termasuk perkakas elektrik dan perabot rosak serta tidak dapat diselamatkam.

Artikel Berkaitan:

Fadilah menunjukkan kucing peliharaan yang berjaya diselamatkan.
Fadilah menunjukkan kucing peliharaan yang berjaya diselamatkan.

"Ketika ini kami sekeluarga akan tinggal sementara di sebuah rumah di Taman Undang Abdullah. Saya trauma sebab dalam tempoh 35 tahun tinggal di sini rumah hilang sekelip mata," katanya.

Sementara itu, Ibrahim berkata, dua tabung wang miliknya ditemui semula dan salah satu daripadanya masih berada dalam keadaan baik manakala satu lagi rosak.

"Pagi tadi saya pergi semula ke tapak rumah dan melihat atap rumah kami berada di tepi jalan, kebanyakan barangan sudah rosak dan tiada apa yang tinggal," katanya.

Ibrahim menunjukkan salah satu tabung yang ditemuinya masih berisi duit syiling.
Ibrahim menunjukkan salah satu tabung yang ditemuinya masih berisi duit syiling.