Keputusan DUN Mulu ditangguh akibat cuaca buruk

Abdul Ghani
Abdul Ghani
A
A
A

KUCHING - Penangguhan keputusan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu tidak menghalang Gabungan Parti Sarawak (GPS) membentuk kerajaan negeri yang baharu selepas menang 75 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, keputusan pilihan raya kerusi DUN Mulu tidak dapat diumumkan atas faktor keselamatan petugas pilihan raya.

Ini katanya, mengambil kira faktor keselamatan petugas pilihan raya yang menggunakan helikopter untuk membawa peti undi ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) bagi DUN berkenaan berikutan cuaca buruk dan juga terputus perhubungan jalan darat.

Sehubungan itu, keputusan pilihan raya bagi DUN berkenaan akan diumumkan sebaik sahaja menerima peti undi nanti.

"Keputusan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) menyaksikan GPS memenangi 75 kerusi, PSB (empat kerusi) dan DAP (dua kerusi)," katanya menerusi kenyataan akhbar pada Sabtu.

Abdul Ghani turut berterima kasih kepada Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS), Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang PRN12.

ARTIKEL BERKAITAN: GPS menang majoriti mudah, bentuk kerajaan negeri: SPR

Artikel Berkaitan: