Segerakan pembentangan RUU Anti Lompat Parti

Mohamad - Foto Bernama
Mohamad - Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan digesa menyegerakan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan Anti Lompat Parti di Parlimen kerana isu berkenaan dilihat boleh menyebabkan ketidakstabilan politik negara.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bukan itu sahaja, perbuatan melompat parti itu turut menjejaskan banyak perkara termasuk ketidakstabilan ekonomi.

"Sudah sampai masanya, negara kita pastikan supaya diadakan satu RUU agar dapat mencegah orang yang boleh 'dijual beli' politik mereka setelah mereka menang dalam PRU.

"Jika sudah menang dalam parti tersebut kekalkanlah, lainlah dibuang dalam parti, itu lain cerita," katanya pada sidang akhbar selepas selesai Persidangan UMNO Bahagian Rembau di Bangunan UMNO di sini pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M ulangi gesaan, perlu ada undang-undang anti lompat

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau berkata, gesaan itu merupakan salah satu usul yang mendapat keputusan sebulat suara daripada 325 perwakilan UMNO Bahagian Rembau dalam persidangan pada Sabtu.

"Orang kata, ia (lompat parti) bercanggah dengan Konvensyen Antarabangsa Human Rights (hak asasi manusia) dan kebebasan bersuara (freedom of movement) maka kita buat RUU iaitu pengundi di satu tempat boleh membuat petisyen kepada Suruhan Pilihan Raya (SPR) supaya diadakan pemilihan baharu sebab mereka sudah mengkhianati mandat yang diberikan oleh penduduk setempat," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan RUU Akta Lompat Parti perlu dibentangkan di Dewan Rakyat pada kadar segera bagi membolehkan aktiviti lompat parti membabitkan ahli Parlimen dihentikan.

Artikel Berkaitan:

Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) berkata, ini kerana senario yang membabitkan lompat parti itu bukan sahaja tidak adil kepada rakyat tetapi kepada parti yang mereka wakili sebelum ini.