Azalina mahu RUU lompat parti dibentang segera

Azalina Othman Said
Azalina Othman Said
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Rang Undang-undang (RUU) Akta Lompat Parti perlu dibentangkan di Dewan Rakyat dengan segera bagi membolehkan aktiviti lompat parti membabitkan ahli Parlimen dihentikan.

Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) berkata, ini kerana senario yang membabitkan lompat parti itu bukan sahaja tidak adil kepada rakyat tetapi kepada parti yang mereka wakili sebelum ini.

"Tetapi Akta Lompat Parti ini bahayanya satu sahaja, dia lompat apa pun sebab kerana dipecat, kerana digabungkan, kerana bila tak suka dia pergi lah.

"(Jadi), mewujudkan satu mekanisme mengenai RUU Pemecatan Ahli Parlimen supaya senarionya lebih terbuka dan diberikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan ganti atau tidak kepada mereka yang lompat.

"Kita mesti menerima, kadang-kadang yang nak lompat itu bukan nak lompat, tetapi dia dipaksa lompat kerana dia telah dipecat. Jadi, cadangan saya dengan RUU ini macam orang bercerailah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.

Mengulas lanjut, Azalina yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat turut berharap agar Dewan Rakyat memberi laluan 'fast track' kepada RUU yang diusulkan beliau sebelum ini.

“Saya minta tolong Perdana Menteri dan Santubong (menteri bertanggungjawab soal undang-undang, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar) untuk memberi laluan fast track kepada RUU saya untuk didebatkan dan diambil alih oleh kerajaan sebagai asas kepada Akta Antilompat Parti dan Pemecataan Ahli Parlimen 2021," katanya.

Artikel Berkaitan: