Mangsa banjir di Pahang meningkat lebih 1,300 orang

Beberapa lokasi di kawasan Sungai Lembing, Kuantan dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan sejak Jumaat. - Foto ihsan APM Pahang
Beberapa lokasi di kawasan Sungai Lembing, Kuantan dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan sejak Jumaat. - Foto ihsan APM Pahang
A
A
A

KUANTAN - Bilangan mangsa banjir di Pahang terus meningkat kepada 1,301 orang daripada 365 keluarga sehingga jam 3 petang, pada Sabtu.

Lima daerah terjejas iaitu Raub, Maran, Lipis, Jerantut dan Kuantan.

Berdasarkan laporan InfoBencanaJKM, sebanyak 46 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat jam 3 petang.

Sebanyak 18 PPS dibuka di daerah Raub diikuti Maran (sembilan), Lipis (tujuh), Jerantut (enam) dan Kuantan (tiga).

Sementara itu, berdasarkan laporan dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, sebanyak 14 laluan ditutup sehingga jam 1 petang pada Sabtu.

Jalan terlibat ialah Jalan Batu Embun, Jalan Bukit Puas-Gintong, Jalan Pulau Tawar-Durian Hijau, Jalan Sungai Lekok-Jeransong, Jalan Ulu Retang-Merting, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, Jalan Sungai Lekok-Jeransong dan Jalan Sengkela-Chenua di Raub.

Turut ditutup Jalan Ulu Retang-Menting, Jalan Simpang Batu Embun-Sempadan Kuala Lipis dan Jalan Link Kota Gelanggi (Jerantut), Jalan Sungai Lembing (Kuantan) dan Jalan Bukit Kota-Aur Gading (Lipis).

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) di beberapa kawasan di negeri ini termasuk Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Maran dan Kuantan sehingga Ahad.

Artikel Berkaitan: