Sepakat sokong Ismail Sabri kekal sebagai PM

ZAWAWI
ZAWAWI
A
A
A

PASIR PUTEH - UMNO Pasir Puteh sebulat suara membuat ketetapan meluluskan usul menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus kekal sebagai Perdana Menteri di Mesyuarat Perwakilan Bahagian di sini pada Sabtu.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman berkata, kedudukan Ismail Sabri yang mewakili parti itu dalam kerajaan terus dipertahankan untuk melaksanakan amanah mentadbir negara dan menguruskan hal ehwal rakyat dengan sempurna.

"Seramai 450 ahli yang hadir turut membuat ketetapan secara sebulat suara dengan mengusulkan kepada kepimpinan parti mengadakan Perhimpunan Agung Khas UMNO.

"Perhimpunan itu bertujuan meminda Perlembagaan UMNO bagi menetapkan pemilihan parti hanya akan diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)," katanya.

Menurutnya, pemilihan parti selepas setiap kali PRU itu mampu memastikan kestabilan politik dan kerukunan dalaman UMNO berada pada tahap terbaik.

Beliau berkata, ia sekali gus menjamin keharmonian politik negara pada masa hadapan.

Mohd Zawawi berkata, UMNO Pasir Puteh turut mendesak kerajaan pimpinan Ismail Sabri mengambil tindakan terhadap ahli keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zetty Akhtar Aziz yang didakwa terlibat dalam skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Artikel Berkaitan: