Hussamuddin terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Kelantan Business Awards 2021

Hashim (tengah) ketika mewakili Hussamuddin menerima anugerah Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Hidup pada Kelantan Business Awards 2021 sambil disaksikan Noh Omar (kiri) dan Pengerusi Ikon Malaysia, Datuk Mohd Ali Majis.
Hashim (tengah) ketika mewakili Hussamuddin menerima anugerah Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Hidup pada Kelantan Business Awards 2021 sambil disaksikan Noh Omar (kiri) dan Pengerusi Ikon Malaysia, Datuk Mohd Ali Majis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada Kelantan Business Awards 2021.

Beliau yang merupakan anak kelahiran negeri, Cik Siti Wan Kembang itu menerima pengiktirafan tersebut pada Jumaat hasil daripada sumbangannya dalam industri media negara.

Mewakili Hussamuddin untuk menerima anugerah pada majlis disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar ialah Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang

Anugerah yang julung kali diadakan oleh Ikon Malaysia itu bertujuan untuk memberi pengiktirafan terhadap usahawan kelahiran Kelantan yang berjaya dalam bidang perniagaan daripada pelbagai sektor.

Seramai 37 usahawan menerima pengiktirafan pada majlis yang diadakan di sebuah hotel, di sini pada Jumaat.

Antara kategori anugerah diumumkan pada majlis tersebut iaitu Rising Star Award, Woman in Business Award, Kelantan Ikon Award, Top Creative and Innovative Award, Outstanding Achievement Award dan Lifetime Achievement Awards.

Usahawan dan pelakon, Laila Nasir yang menerima anugerah Woman in Business Award pada acara tersebut berkata, pengiktirafan tersebut memberikan beliau semangat untuk mengembangkan lagi perniagaan jenama minyak wanginya T’La Sabe’lla.

Laila Nasir bergambar bersama plak dan sijil anugerah Woman in Business Award yang diterima pada majlis Kelantan Business Awards 2021 pada Jumaat.
Laila Nasir bergambar bersama plak dan sijil anugerah Woman in Business Award yang diterima pada majlis Kelantan Business Awards 2021 pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Katanya, beliau berbangga kerana berjaya untuk membangunkan perniagaan tersebut sejak dua tahun lalu dengan menggunakan jenamanya sendiri.

"Alhamdulillah, saya tak sangka berpeluang untuk menang anugerah ini. Kemenangan ini juga merupakan satu kejayaan bersama dengan ejen dan stokis yang menyokong produk dan pasukan perniagaan saya,” ujarnya yang terkenal menerusi drama Nur.

Sementara itu, penerima anugerah Kelantan Ikon Award yang merupakan usahawan hartanah, Asiah Awang berkata, pengiktirafan tersebut adalah sesuatu yang membanggakan memandangkan cabaran getir yang terpaksa dihadapi sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Menurutnya, kejayaan itu juga akan dijadikan sebagai pembakar semangat dalam meningkatkan lagi prestasi perniagaannya pada tahun hadapan.

Sementara itu, Noh dalam ucapannya pada majlis itu berkata, anugerah itu diharapkan dapat memberi motivasi kepada usahawan untuk memperkembangkan lagi perniagaan mereka selain turut membantu masyarakat terkesan.

Beliau turut mengharapkan usahawan yang telah berjaya dapat berkongsi kejayaan mereka dan memperluaskan empayar perniagaan yang dimiliki bersama usahawan baharu dengan mewujudkan francais.

Menurutnya, pengiktirafan yang diberikan itu juga dilihat mampu menjadi batu loncatan buat semua penerima anugerah untuk terus berdaya saing serta menjadi lebih produktif.

“Ia termasuk dalam usaha membantu memacu ekonomi negara dan membina empayar perniagaan dalam pelbagai sektor ke peringkat yang lebih tinggi," ujarnya.