Hujan lebat berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Jumaat

MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga di Kelantan dan Terengganu sehingga 17 Disember. - Foto Bernama
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga di Kelantan dan Terengganu sehingga 17 Disember. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga dengan jangkaan hujan lebat berterusan di Kelantan dan Terengganu sehingga Jumaat (17 Disember).

MetMalaysia dalam kenyataan pada Jumaat turut memaklumkan amaran hujan berterusan tahap kuning juga dikeluarkan untuk kawasan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Pahang bermula 16 hingga 17 Disember.

Dalam kenyataan sama, amaran hujan berterusan bagi Perak ialah; Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar manakala Pahang ; Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Kuantan.

MetMalaysia juga mengingatkan cuaca tekanan rendah yang terbentuk di perairan Laut Cina Selatan menyebabkan hujan berterusan berpontensi mendapat risiko banjir di kawasan berkedudukan rendah bagi kawasan terbabit. - Bernama

Artikel Berkaitan: