Gareth Bale positif Covid-19

Bale sertai Marcelo dalam senarai pemain Real yang dijangkiti Covid-19.
Bale sertai Marcelo dalam senarai pemain Real yang dijangkiti Covid-19.
A
A
A

EMPAT pemain Real Madrid termasuk Gareth Bale disahkan positif Covid-19 sekali gus menyertai Marcelo dan Luka Modric yang diumumkan dijangkiti virus berkenaan semalam.

Perkara tersebut disahkan Real dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pendahulu La Liga itu

"Real Madrid ingin memaklumkan pemain kami Marco Asensio, Gareth Bale, Andriy Lunin dan Rodrygo.

"Selain itu, penolong ketua jurulatih, Davide Ancelotti juga disahkan positif Covid-19," jelas kelab itu.

Dalam pada itu, media tempatan Sepanyol melaporkan, kesemua lima pemain berkenaan hanya mengalami simptom ringan.

Terdahulu, Real mengumumkan pemain tengah dan pertahanan Modric dan Marcelo disahkan positif Covid-19.

Dalam perkembangan lain, Marcelo dalam satu video yang dikongsinya di laman sosial berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraannya.

"Hello semua, saya mahu mengucapkan terima kasih di atas ucapan yang anda berikan. Keluarga saya semua berada dalam keadaan baik," kata pemain pertahanan itu.

Artikel Berkaitan: