463 penduduk di Gua Musang, Kuala Krai dipindahkan

Jambatan di Kampung Kerinting dipercayai mula dinaiki air pada awal pagi Jumaat.
Jambatan di Kampung Kerinting dipercayai mula dinaiki air pada awal pagi Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU – Seramai 463 penduduk daripada 88 keluarga yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran sungai di Kuala Krai dan Gua Musang kini dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang mula dibuka sejak jam 12.30 tengah hari Jumaat.

Menurut laman infobencana.jkm, lima PPS berkenaan adalah di Sekolah Kebangsaan Felda Chiku 7, Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 di Gua Musang manakala di Kuala Krai pula bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai, Pejabat Veterinar Kuala Krai dan Sekolah Kebangsaan Sungai Embak.

Mangsa yang dipindahkan membabitkan 165 lelaki dewasa, 171 perempuan dewasa, 51 kanak-kanak lelaki, 68 kanak-kanak perempuan, lima bayi lelaki, tiga bayi perempuan, 14 warga emas dan seorang orang kurang upaya (OKU).

Orang ramai dinasihatkan untuk berpindah lebih awal sebelum air memasuki kediaman mereka sekali gus menyukarkan operasi menyelamat dijalankan pihak berwajib.

Patuhi arahan agensi yang bertugas dan patuh pada prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka serta menjaga penjarakan semasa melakukan operasi pemindahan.

Artikel Berkaitan: