'Orang Melayu tidak akan mati kalau tiada UMNO'

Mohd Shafie (tengah) dan Syed Saddiq (kanan) ketika Majlis Perasmian Warisan peringkat Nasional pada Jumaat.
Mohd Shafie (tengah) dan Syed Saddiq (kanan) ketika Majlis Perasmian Warisan peringkat Nasional pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Parti Warisan (Warisan) menyatakan komitmen untuk meletakkan negara di landasan yang sepatutnya selepas parti itu secara rasmi melebarkan sayapnya di peringkat nasional pada Jumaat.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ketika ini negara bergelumang dengan perbalahan membabitkan isu remeh-temeh.

“Justeru, melihat kepada senario politik kini, kita memerlukan perubahan struktur dalam politik.

“Perlu ada peralihan daripada sistem politik berasaskan kaum dan agama kepada kepelbagaian kaum yang lebih inklusif,” katanya pada Majlis Perasmian Parti Warisan (Warisan) peringkat nasional di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sebelum ini, beliau menyatakan hasrat untuk memperluaskan sayap partinya hingga ke Semenanjung bagi meneruskan perjuangan pemimpin terdahulu.

Usaha itu juga dibuat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, terdapat beberapa negara yang boleh maju tanpa parti yang berasaskan kaum, bangsa dan agama.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sudah lebih 60 tahun negara mencapai kemerdekaan namun sehingga kini masih lagi mempersoalkan mengenai kaum, agama dan bangsa mengakibatkan perpecahan dalam negara.

“Orang Melayu tidak akan mati kalau tiada UMNO, Islam tidak akan lumpuh tanpa Pas manakala orang Cina pula tidak akan mati jika tiada DAP,” katanya.