Bos Brentford gesa tangguh sementara saingan EPL

Stadium Komuniti Brentford venue rasmi Brentford musim ini dalam saingan EPL. FOTO: AFP
Stadium Komuniti Brentford venue rasmi Brentford musim ini dalam saingan EPL. FOTO: AFP
A
A
A

PENGURUS Brentford, Thomas Frank menggesa Liga Perdana untuk menangguhkan sementara semua perlawanan pada minggu depan berikutan peningkatan jumlah kes Covid-19 terus melanda saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada ketika ini.

Perlawanan Brentford menentang Manchester United di Stadium Komuniti Brentford sebelum ini ditangguhkan selepas padang latihan United ditutup berikutan penularan kes positif, manakala perlawanan Burnley menentang Watford di Turf Moor dibatalkan selepas pelawat mendapat keputusan ujian positif.

"Kes-kes Covid-19 semakin meningkat dalam kalangan kelab Liga Perdana. Semua orang menghadapinya malah setiap orang mempunyai masalah tersendiri pada masa ini.

"Untuk menangguhkan perlawanan Liga Perdana dan Piala Liga akan memberi setiap orang sekurang-kurangnya seminggu membersihkan dan melakukan segala-galanya di padang latihan supaya semuanya kembali seperti biasa sekali gus memutuskan rantaian di setiap kelab," ujar Frank yang memaklumkan kelab itu mempunyai 13 kes positif.

Brentford dijadualkan berdepan Southampton pada Sabtu sebelum menentang Chelsea saingan Piala Liga pada Rabu.

"Kami mahu meneruskan tetapi dengan cara ini kami boleh mengadakan Boxing Day tanpa sebarang masalah, 100 peratus pasti perkara itu. Kami fikir ia adalah sangat wajar melakukannya. Kelab ini kerap berhubung dengan Liga Perdana sejak beberapa hari lalu," kata Frank. "

Untuk rekod, polisi Liga Perdana adalah untuk menangani penangguhan perlawanan berdasarkan kes demi kes.

Artikel Berkaitan: