Saingan musim baharu lebih sengit

Stuart Ramalingam
Stuart Ramalingam
A
A
A

KEJUARAAN Unifi ePiala Malaysia yang bakal berlangsung pada 19 Disember sehingga 31 Disember menjanjikan saingan lebih menarik menerusi format baharu pertandingan.

Kejuaraan sukan elektronik bola sepak yang dikelolakan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dengan kerjasama Gamesbond itu akan menggunakan format baharu iaitu format duo (dua pemain setiap pasukan) FIFA Ultimate Team bagi mengharungi pusingan kalah mati dua peringkat.

Malah susulan kejayaan penganjuran pada dua edisi terdahulu, Unifi ePiala Malaysia kali ini bakal mencuri tumpuan dengan menawarkan habuan hadiah kemenangan terbesar bagi musim FIFA22 setakat ini iaitu hadiah keseluruhan RM30,000.

Seramai 128 pasukan akan berentap di peringkat saringan pada 19 Disember sebelum lapan pasukan terbaik daripada peringkat itu bertemu dengan lapan pasukan jemputan unifi eMFL Liga Super.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, kejuaraan amat dinanti-nantikan buat peminat e-sukan FIFA di seluruh negara yang sememangnya memiliki pengikut tersendiri.

“Bagi pihak MFL amat berbesar hati untuk menganjurkan Kejohanan Unifi ePiala Malaysia menerusi kerjasama penaja utama Telekom Malaysia (TM) dan juga Pusat Pakaian Hari-Hari di mana ini adalah salah satu inisiatif untuk menyemarakkan arena e-sukan tanah air yang kini semakin berkembang dan mendapat tempat khususnya generasi muda.

“Sudah pasti selepas dua edisi penganjuran, Kejuaraan Unifi ePiala Malaysia kali ini akan terus menghangatkan suasana bola sepak tempatan sempena sambutan ulang tahun 100 tahun Piala Malaysia,” katanya.

Seramai 32 pemain daripada 16 pasukan yang layak beraksi di peringkat akhir pada 27 Disember hingga 31 Disember akan diundi bagi mewakili kelab Piala Malaysia musim ini iaitu juara Kuala Lumpur City FC, naib juara Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC, Selangor FC, Kedah Darul Aman FC, Melaka United FC, Sri Pahang FC, Sabah FC, PJ City FC, Penang FC, Kelantan FC, Negeri Sembilan FC, Perak FC, Sarawak United FC, Kelantan United FC dan Kuching City FC.

Artikel Berkaitan:

Semua perlawanan akan disiarkan secara langsung di Facebook MFL bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam pada hari perlawanan, berikutan langkah pencegahan pandemik Covid-19, Unifi ePiala Malaysia hanya akan dimainkan secara atas talian bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Semua peminat sukan elektronik yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut serta berminat untuk menyertai kejohanan ini boleh membuat pendaftaran di pautan http://gbgamesbond.com/gamesbond/event/tournament-event/epiala-2021/