Akta 342: Pihak pembangkang seharusnya dirujuk lebih awal
SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa pihak pembangkang seharusnya dirujuk lebih awal berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, pihaknya masih belum memutuskan untuk menyokong rancangan kerajaan itu dan ia bergantung kepada pindaan terkini.
“Pertemuan tergempar untuk bincang cadangan Menteri Kesihatan buat pindaan tambahan kepada RUU pindaan Akta 342.
“Kami belum putuskan sokong atau tidak, bergantung kepada pindaan terkini.
“Ini bukan cara untuk menggubal undang-undang penting, kita sepatutnya dirujuk lebih awal,” katanya dalam ciapan di Twitternya pada Khamis.
Pada Selasa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencadangkan lima peruntukan baharu terhadap RUU berkenaan.
Ia merangkumi 10 seksyen di bawah Akta 342 yang akan ditambah baik bagi memastikan kesinambungan pengawalan dan pencegahan pandemik Covid-19 di negara ini.
Penangguhan pindaan Akta 342 ke Isnin beri ruang berbincang di JK Kesihatan.
— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) December 16, 2021
Jika aspek2 keterlaluan diperbetul, jika suara rakyat didengari dgn jelas + pindaan yg sepatutnya dpt dilakukan, Pakatan Harapan sokong.
Jika suara rakyat gagal mereka dengari, kami #LawanPindaan342!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!