SPRM Terengganu cari warga Bangladesh bantu siasatan

Abdul Ahad Khan
Abdul Ahad Khan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu sedang mengesan seorang lelaki warga Bangladesh, Abdul Ahad Khan bagi membantu siasatan.

SPRM dalam kenyataan pada Rabu berkata, lelaki berusia 49 tahun itu pemegang pasport bernombor EE0016735 BGD dengan alamat terakhir di No 150-3-6, Villa Flora Condominium, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penguasa Nur Athikah Aziz di talian 017-3432923/ 09-6301920 atau emel kepada nurathikah@sprm.gov.my," jelas kenyataan tersebut.

Artikel Berkaitan: