Penunggang maut motosikal terbabas langgar pembahagi jalan

Lelaki maut apabila motosikal ditungganginya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Jalan Kuala Selangor-Kepong.
Lelaki maut apabila motosikal ditungganginya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Jalan Kuala Selangor-Kepong.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki maut apabila motosikal ditungganginya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Jalan Kuala Selangor-Kepong di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian tersebut sekitar jam 4.33 petang.

"Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis SYM VTS-200 yang ditunggang seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun.

"Motosikal mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terjatuh. Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Muhamad Fakhrudin berkata, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan, manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Beliau turut meminta saksi kejadian supaya tampil untuk membantu siasatan.

"Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pengawai penyiasat trafik, Inspektor Rozilah Hussin di talian 016-267 9025," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: