Inisiatif JaminKerja

No Image Caption
A
A
A

Bantuan rakyat yang masih menganggur

Pandemik Covid-19 telah memberi kesan yang signifikan kepada pekerjaan dan mata pencarian rakyat. Kadar pengangguran di Malaysia telah meningkat sehingga 5.3 peratus pada Mei 2020.

Meskipun pada Ogos 2021, kadar pengangguran menurun kepada 4.6 peratus, namun dianggarkan kira-kira 750,000 individu masih menganggur dan perlu dibantu.

Mengambil semangat konsep job guarantee bagi tahun hadapan, kerajaan di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (atau JaminKerja) akan menjamin penyediaan 600,000 peluang pekerjaan dengan peruntukan berjumlah 4.8 bilion ringgit.

Insentif Penggajian JaminKerja ditukar menggantikan Penjana Kerjaya dan ditambah baik dengan fokus khusus kepada kumpulan rentan dan Anak Malaysia.

Oleh itu, kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan meneruskan usaha pengambilan pekerja melalui inisiatif-insentif penggajian JaminKerja dengan sasaran 300,000 orang dan peruntukan RM2 bilion.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

1. Majikan yang mengambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja:

- Insentif sebanyak 20% daripada gaji bulanan

- Tempoh enam bulan pertama

- 30% bagi enam bulan berikutnya

- Tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,500 ke atas

2. Majikan menyediakan peluang pekerjaan OKU, Orang Asli & banduan:

- Insentif sebanyak 30% daripada gaji bulanan

- Tempoh enam bulan pertama

- 40% bagi enam bulan berikutnya

- Tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,200 ke atas.

No Image Caption

3. Menggalakkan wanita kembali bekerja:

- Insentif ini turut dipanjangkan kepada majikan yang menggaji golongan wanita tidak bekerja melebihi 365 hari, ibu tunggal dan suri rumah.

Pelbagai program peningkatan kemahiran place and train iaitu latihan dengan jaminan pekerjaan dengan kerjasama industri turut dipergiatkan dengan keutamaan kepada kemahiran digital seperti contoh program Global Online Workforce (atau GLOW) di bawah Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Berdasarkan keberhasilan pelaksanaan program latihan dan peningkatan kemahiran di bawah Belanjawan 2021, lebih 85 peratus daripada pelatih telah ditawarkan peluang penempatan pekerjaan.

Diharapkan melalui pelaksanaan inisiatif JaminKerja serta langkah pemulihan ekonomi dapat menurunkan kadar pengangguran negara kepada 4 peratus dan mencapai tahap guna tenaga penuh.

No Image Caption

SEBELUM INI: Penjana Kerjaya

Golongan penganggur am

40% gaji untuk 6 bulan bagi kontrak sekurangnya 12 bulan

Contoh: Gaji RM3,000 sebulan

Insentif: RM3,000 x 6 x 40% = RM7,200

Golongan rentan

60% gaji untuk 6 bulan bagi kontrak sekurangnya 12 bulan

Setakat 30 Sept 2021:

RM1.28 billion telah komited bagi lebih 200,000 pencari kerja

No Image Caption

TAHUN 2022: Insentif Penggajian Jamin Kerja

Golongan penganggur am

- 20% untuk 6 bulan pertama

- 30% untuk 6 bulan kedua

- bagi kontrak sekurangnya 6 bulan

Contoh: Gaji RM3,000 sebulan

Insentif: RM3,000 x [(6 x 20%) + (6 x 30%)] = RM9,000 (daripada kerajaan)

Tumpuan 2022

- Wanita dalam career break

- Anak Malaysia (Malaysianization)

Impak kewangan - RM2. billion

Manfaat diterima - 300,000 pekerja