SPRM serah dua lagi pegawai bantu siasatan kes rompakan

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan dua lagi pegawainya kepada pihak polis untuk membantu siasatan membabitkan kejadian rompakan di Ampang.

SPRM dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, mereka akan memberi kerjasama penuh kepada polis dalam membantu siasatan jenayah membabitkan pegawai suruhanjaya tersebut.

“SPRM sahkan telah serah dua lagi pegawai bagi membantu siasatan tersebut.

“Sekali lagi, SPRM ingin menegaskan bahawa suruhanjaya ini tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dalam jenayah dan menggesa agar siasatan ini disegerakan,” menurut kenyataan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes jenayah: SPRM serah pegawainya kepada polis

Sinar Harian pada Selasa melaporkan tempoh reman terhadap pegawai SPRM yang disyaki terlibat dalam kejadian rompakan melibatkan kerugian hampir RM1 juta disambung lima hari sehingga 20 Disember.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, Seramai 17 individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: