Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands masih ditutup

Keadaan runtuhan tanah di Kilometer 27.1 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley pada 2 Disember lalu yang mengakibatkan laluan kedua-dua arah ditutup sepenuhnya.
Keadaan runtuhan tanah di Kilometer 27.1 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley pada 2 Disember lalu yang mengakibatkan laluan kedua-dua arah ditutup sepenuhnya.
A
A
A

IPOH - Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 di sini masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana masalah cerun akibat hujan lebat berterusan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta dalam notis pemberitahuan melalui laman Facebook rasminya berkata, pemeriksaan oleh Cawangan Pakar pada hari ini mendapati keadaan cerun masih belum selamat untuk dilalui kenderaan sehingga kerja-kerja pembersihan runtuhan tanah dijalankan sepenuhnya.

"Notis penutupan ini disambung bermula dari hari ini sehingga ke tarikh yang akan dimaklum kelak.

Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT059 Jalan Tapah-Cameron Highlands untuk jalan perhubungan sementara. Kesulitan amatlah dikesali," kata JKR Daerah Kinta dalam kenyataan itu hari ini.

Katanya, pengguna jalan raya diingatkan untuk merancang perjalanan dan mematuhi arahan papan tanda keselamatan di tapak serta pihak berwajib.

Pada 2 Disember lepas, dua maut selepas kenderaan dinaiki iaitu Toyota Alphard dan sebuah lori tertimbus dalam runtuhan tanah menyebabkan laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: