Nik Ezanee tiada komen isu pegawai pengiring PM

Nik Ezanee - Foto FB Polis Selangor
Nik Ezanee - Foto FB Polis Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal tidak memberikan komen mengenai desas desus bahawa beliau akan dilantik sebagai pegawai Aide De Camp (ADC) atau pegawai pengiring kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Nik Ezanee berkata, beliau tidak dapat memberi komen lanjut berhubung perkara tersebut.

"Maaf, saya tak dapat beri komen, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed atau Pejabat Perdana Menteri (PMO) akan keluarkan kenyataan selepas ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Rabu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan mengenai kenyataan yang diperkatakan beliau itu.

Pada Rabu, sebuah media tempatan melaporkan desas desus mengenai Nik Ezanee dikhabarkan dilantik sebagai pegawai Aide De Camp (ADC) atau pegawai pengiring kepada Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan: