Bot karam: Bingkai gambar, sejadah terdampar di tepi pantai

Antara barangan peribadi milik PATI yang terlibat dalam insiden bot karam di Tanjung Balau, Kota Tinggi pada Rabu. Bingkai gambar milik mangsa bot karam yang ditemui di pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi pada Rabu.

A
A
A

KOTA TINGGI - Keadaan di lokasi kejadian bot karam yang mengorbankan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) di pantai Tanjung Balau di sini menyentuh perasaan apabila pelbagai barangan milik mangsa ditemui termasuk bingkai gambar.

Bingkai dengan gambar pasangan lelaki dan wanita dijumpai terdampar di pantai dalam keadaan baik, walaupun cerminnya pecah.

Selain bingkai tersebut, terdapat pelbagai barangan seperti baju, seluar, pakaian dalam, beg dan barang kosmetik ditemui terdampar di tepi pantai berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bot pancung karam: 11 PATI lemas, 25 masih hilang

Turut ditemui songkok dan sejadah dipercayai milik PATI yang beragama Islam.

Setakat petang Rabu, seramai 11 PATI maut, 14 ditemui selamat, manakala 25 lagi masih hilang selepas bot pancung dinaiki mereka karam akibat cuaca buruk di perairan Tanjung Balau kira-kira jam 4.30 pagi Rabu.

Artikel Berkaitan: