Pengajaran kepada 'kaki buli'

Jawatankuasa Disiplin Bahagian Pendidikan Menengah Mara menamatkan pengajian 10 pelajar yang dikenal pasti terlibat dalam kes buli yang tular baru-baru ini.
Jawatankuasa Disiplin Bahagian Pendidikan Menengah Mara menamatkan pengajian 10 pelajar yang dikenal pasti terlibat dalam kes buli yang tular baru-baru ini.
A
A
A

PENAMATAN pengajian 10 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang terlibat dalam kes buli yang tular baru-baru ini diharapkan menjadi satu pengajaran atau iktibar kepada pelajar sekolah menengah atau penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT).

Ini kerana, orang ramai berharap kes buli membabitkan MRSM ini adalah yang terakhir mereka dengari melibatkan para pelajar.

Mana tidaknya, kejadian seperti ini mempunyai pelbagai kesan besar kepada pelajar yang membuli dan dibuli di alam persekolahan atau di menara gading.

Kesan-kesan ini termasuklah dari segi tubuh badan, psikologi dan masa depan pelajar-pelajar yang terlibat dalam kes ini.

Di samping itu, ibu bapa dan keluarga pelajar yang terlibat tidak terkecuali akan menanggung kesan akibat daripada tingkah laku anak-anak mereka.

Selain itu, apa yang menjadi persoalan atau tanda tanya ialah nasib 10 orang pelajar yang ditamatkan pengajian mereka ini.

Adakah mereka boleh bersekolah di sekolah harian biasa atau mereka akan dihantar ke Sekolah Henry Gurney.

Terdahulu, Jawatankuasa Disiplin Bahagian Pendidikan Menengah Mara menamatkan pengajian 10 pelajar MRSM yang dikenal pasti terlibat dalam kes buli yang tular baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Menurut Ketua Pengarah Mara, Datuk Azhar Abdul Manaf, mesyuarat telah mengkaji kes tersebut dengan teliti dan mengambil keputusan menamatkan pengajian pelajar terbabit berkuat kuasa pada Selasa.

Azhar berkata, keputusan itu bukan sahaja menjadi satu pengajaran kepada pelajar yang terlibat, tetapi juga kepada pelajar-pelajar yang lain agar tidak berlaku lagi perbuatan salah laku di mana-mana institusi pendidikan di bawah Mara.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid berkata, hasil siasatan mendapati kejadian buli itu berpunca daripada tindakan mangsa yang menegur suspek supaya tidak menonton video lucah.

Katanya, mangsa berusia 13 tahun menegur kelakuan tidak bermoral yang dilakukan salah seorang suspek menyebabkan pelajar berkenaan tidak berpuas hati dan marah.

Beliau berkata, pergaduhan itu pada awalnya hanya melibatkan mangsa dan seorang suspek, namun seorang pelajar Tingkatan Tiga telah bertindak menyuruh rakan-rakan lain menyerang mangsa.

Di sini, dapat dilihat juga, ia bukan hanya membabitkan kes buli tetapi turut melibatkan menonton video lucah yang merupakan satu kesalahan.

Apakah punca terjadinya seperti ini? Adakah perkara ini berpunca daripada kegagalan pendidikan agama dan moral di negara ini?

Oleh yang demikian, satu jalan penyelesaian konkrit oleh pihak yang terlibat wajar diambil dengan kadar segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Buli: Mara tamatkan pengajian 10 pelajar MRSM

Mangsa tegur jangan tonton video lucah punca kes buli di MRSM