Tiada syarat tertentu untuk pemilikan rumah mampu milik

Ismail Abd Muttalib
Ismail Abd Muttalib
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak meletakkan syarat tertentu termasuk penentuan kaum dalam melaksanakan projek perumahan kerajaan melibatkan rumah mampu milik, kata Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib.

Beliau berkata, tumpuan diberikan kepada rakyat yang tergolong dalam kalangan mereka yang layak memiliki rumah mampu milik antaranya kumpulan B40.

"Sebenarnya dalam kita melaksanakan projek perumahan kerajaan, rumah mampu milik, kita tidak adapun meletakkan kadar-kadar tertentu kepada pemilikan rumah ini.

"Kita berikan tumpuan kepada sesiapa sahaja rakyat negara ini di bawah B40 dan sebagainya yang tergolong di bawah mereka yang layak memiliki rumah mampu milik akan kita berikan tawaran, begitu juga projek-projek perumahan yang lain," katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara, di sini pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mengenai peraturan, kaedah atau pelaksanaan digunakan KPKT bagi menekankan perpaduan penglibatan semua kaum dalam semua projek perumahan mampu milik.

Ismail berkata, projek perumahan antaranya di bawah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) tidak meletakkan secara khusus bagi pemilikan rumah mampu milik, terutama untuk golongan B40 supaya masalah keperluan perumahan dapat diselesaikan. - Bernama

Artikel Berkaitan: