TMJ zahir rasa sedih

Screenshot posting TMJ menerusi akaun rasminya.
Screenshot posting TMJ menerusi akaun rasminya.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih terhadap keadaan mangsa pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang.

Dalam posting ringkas di Facebook rasminya HRH Crown Prince of Johor, beliau turut mengajak rakyat Johor bersama berdoa agar semua mangsa kembali sembuh seperti sedia kala.

"Saya berasa sedih dengan apa yang telah terjadi, nyawa anak-anak yang tidak bersalah terancam akibat daripada perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

"Marilah kita sama-sama doakan agar semua mangsa terlibat segera sembuh dan kembali seperti sedia kala.

"Semoga semua keluarga-keluarga yang terlibat juga tabah mengharungi cabaran ini. Insya-ALLAH," katanya seperti dipetik dari laman Facebook rasminya di sini hari ini.

Dalam posting tersebut, Tunku Ismail turut meletakkan hashtag Pray For Pasir Gudang dan pautan link akaun Facebook milik Noor Atikah Daud.

Menerusi akaun Facebook tersebut, Noor Atikah Daud dalam postingnya mengajak rakan-rakannya dan orang ramai membuat solat hajat serta berdoa agar anaknya Affza Balqis Ahmad Sahrel,14, diberikan kesembuhan.

Posting tersebut turut memaklumkan Affza Balqis yang merupakan pelajar SMK Tanjung Puteri Resort kini dalam keadaan kritikal di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat pencemaran bahan kimia tersebut.

Artikel Berkaitan: