Messi, Ronaldo bertembung

Messi dan Ronaldo akan berentap di peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara
Messi dan Ronaldo akan berentap di peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara
A
A
A

DUA seteru bola sepak, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi akan berentap di peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara selepas Manchester United diundi menentang Paris Saint Germain.

Ia susulan keputusan undian yang berlangsung di ibu pejabat Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) di Nyon, Switzerland sebentar tadi dengan aksi terbabit pasti menjadi perlawanan tumpuan.

Penyandang juara, Chelsea bakal diuji menentang Lille manakala juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City diundi melawan Villareal.

Satu lagi wakil England Liverpool akan bertemu RB Salzburg pada pusingan kalah mati dengan Juara La Liga musim lepas, Atletico Madrid diundi menentang gergasi Jerman Bayern Munich.

Aksi pertama pusingan 16 terakhir akan diadakan pada 15 dan 16 Januari serta 22 dan 23 Februari manakala aksi kedua pada 8 dan 9 Mac serta 15 dan 16 Mac.


Berikut merupakan undian Pusingan 16 Terbaik Liga Juara-Juara.

Paris Saint-Germain (Perancis) lwn Manchester United (England)

Chelsea (England) lwn Lille (Perancis)

Artikel Berkaitan:

Villarreal (Sepanyol) lwn Manchester City (England)

RB Salzburg (Austria) lwn Liverpool (England)

Atletico Madrid (Sepanyol) lwn Bayern Munich (Jerman)

Benfica (Portugal) lwn Real Madrid (Sepanyol)

Inter Milan (Itali) lwn Ajax (Belanda)

Sporting Lisbon (Portugal) lwn Juventus (Itali)