PRN Sarawak: 23,043 pengundi awal buang undi esok

PRN Sarawak: 23,043 pengundi awal buang undi esok
PRN Sarawak: 23,043 pengundi awal buang undi esok
A
A
A

KUCHING - Seramai 23,043 pengundi akan mengundi awal esok membabitkan 69 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.

Ia membabitkan 10,458 anggota dan pegawai polis serta pasangan manakala bakinya membabitkan anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pegawai Media Polis Kontinjen Sarawak bagi PRN12, Supt Alexson Naga Chabu berkata, sebanyak 55 pusat pengundian awal akan dibuka bermula pukul 7.30 pagi hingga 5 petang.

Manakala 30 lokasi yang akan ditutup lebih awal iaitu 2 petang.

Seramai 5,522 anggota polis akan bertugas pada hari mengundi esok dengan setiap anggota akan ditempatkan di lokasi serta saluran mengundi awal.

"Seorang pegawai zon turut ditempatkan bagi memastikan keselamatan serta melancarkan perjalanan hari mengundi awal dan teratur. Keselamatan tempat mengundi juga dijamin selamat dan terkawal," katanya.

Antara pusat pengundian awal adalah di Dewan Ibu Pejabat Polis Kontenjen (IPK) Sarawak, Dewan Badminton Kompleks Polis Tabuan Jaya, Balai Polis Sebuyau, Dewan Sri Pengaman, IPD Serian serta beberapa sekolah serta kem tentera.

Sepanjang proses pengundian awal, pematuhan kepada Garis Panduan Pencegahan Covid-19 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berkuat kuasa seperti penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, sanitasi tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran akan dilaksanakan.

Artikel Berkaitan:

Hanya 13 DUN tidak terbabit dalam proses pengundian awal antaranya DUN Demak Laut, Sadong Jaya, Krian, Semop, Jemoreng, Ngemah, Bukit Assek, Baleh, Murum, Kemena dan Pujut.- Awani

Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

ARTIKEL BERKAITAN:10,458 anggota polis, PGA dan pasangan terlibat undi awal esok