Pengurus kanan rugi RM648,800 ditipu Love Scam

 Seorang pengurus kanan sebuah syarikat insurans kerugian RM648,800 selepas menjadi mangsa penipuan Love Scam seorang lelaki warga asing pada Oktober lalu.Gambar hiasan
Seorang pengurus kanan sebuah syarikat insurans kerugian RM648,800 selepas menjadi mangsa penipuan Love Scam seorang lelaki warga asing pada Oktober lalu.Gambar hiasan
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang pengurus kanan sebuah syarikat insurans kerugian RM648,800 selepas menjadi mangsa penipuan Love Scam seorang lelaki warga asing pada Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa yang merupakan seorang wanita tempatan berumur 40 tahun telah berkenalan dengan suspek menerusi nombor telefon antarabangsa.

Menurutnya, dalam tempoh perkenalan suspek menyuruh mangsa memuat turun aplikasi bitcoin.

"Mangsa kemudian memasukkan wang sebanyak RM1,000 ke dalam satu akaun yang diberi oleh suspek dan memperoleh keuntungan sebanyak RM800.

"Selepas itu, mangsa memasukkan wang ke dalam lapan akaun yang berbeza dengan 31 transaksi melibatkan jumlah keseluruhan RM648,000," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Mohamad Fakhrudin berkata, mangsa mula curiga apabila kesemua wang pelaburannya tidak lagi memperoleh keuntungan sebelum tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Artikel Berkaitan: