Kerajaan sedia bantu naik taraf Gedong sebagai bandar satelit

Annuar Musa menjawab soalan pemberita ketika ditemui pada Program Sembang Warung anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak di Anjung Usahawan Gedong pada Ahad.
Annuar Musa menjawab soalan pemberita ketika ditemui pada Program Sembang Warung anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak di Anjung Usahawan Gedong pada Ahad.
A
A
A

GEDONG - Kerajaan Persekutuan sedia membantu merealisasikan perancangan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menaiktaraf Gedong sebagai bandar satelit di negeri itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya menyambut baik perancangan berkenaan dan akan memastikan agenda tersebut dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Dalam menjadikan Gedong sebagai pusat pembangunan satelit bermakna peningkatan jalur lebar merupakan sebahagian daripada intipati pelaksanaan.

"Kementeriannya bersedia melaksanakan pelbagai inisiatif yang spesifik berhubung perancangan yang boleh dilakukan demi merealisasikan hasrat berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Program Sembang Warung anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak di Anjung Usahawan Gedong pada Ahad.

Annuar berkata, kementeriannya komited memberikan perkhidmatan jalur lebar yang lebih berkualiti di Sarawak melalui program Jalinan Digital Negara (Jendela).

Katanya, kerajaan Sarawak mempunyai satu rancangan berasaskan digital tinggi atau Blueprint Malaysia Digital yang akan melalui program pertama di bawah siri Jendela Fasa Satu serta Fasa Dua yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

"Di bawah program 'Point Of Presence (PoP)' pula, pemasangan gentian optik ke sekolah-sekolah terpencil akan membolehkan mereka mempunyai fix broadband (jalur lebar tetap) yang lebih berkualiti.

"Selain itu, kita turut menyeru supaya syarikat-syarikat telekomunikasi meningkatkan lagi atau menambah baik mutu perkhidmatan mereka di seluruh kawasan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Abang Johari sebelum itu dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Gedong Sebagai Daerah memaklumkan perancangan beliau untuk menjadikan Gedong sebagai bandar satelit di kawasan Samarahan sebagai usaha meningkatkan corak kehidupan masyarakat di Sarawak.