Jho Low, Nicky Liow belum dimasukkan dalam senarai Interpol

Nicky Liow Soon Hee dan Jho Low
Nicky Liow Soon Hee dan Jho Low
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan dalam buruan Low Teak Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dan Nicky Liow Soon Hee masih belum dimasukkan ke dalam senarai Notis Merah oleh Interpol (Polis Antarabangsa) kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat permohonan Notis Merah itu bagaimanapun nama Jho Low dan Nicky Liow masih tidak dimasukkan dalam senarai individu dikehendaki.

"Saya akan dapatkan pengesahan dari PJSJ (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan) kerana permohonan Notis Merah dalam Interpol perlu memenuhi beberapa protokol," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan Jho Low dan Nicky Liow dalam sidang media selepas melawat reruai 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, hari ini.

Pada November lalu Kementerian Dalam Negeri dilaporkan mengakui tidak mempunyai maklumat mengenai keberadaan Jho Low.

Jho Low menjadi buruan ekoran skandal 1Malaysia Development Berhad manakala pengasas Winner Dynasty Group, Nicky Liow berhubung sindiket Macau Scam. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada maklumat keberadaan Jho Low: Hamzah

ARTIKEL BERKAITAN:[DIKEMASKINI] Gelaran 'Datuk Seri' Nicky ditarik balik

Artikel Berkaitan: