Polis siasat kes sisa toksik di Pasir Gudang

A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor telah menjalankan siasatan berhubung kejadian pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, dekat Pasir Gudang yang berlaku pada 7 Mac lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, siasatan tersebut dijalankan mengikut Seksyen 278 Kanun Keseksaan iaitu menjadikan udara berbahaya kepada kesihatan.

Menurutnya, siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 284 Kanun Keseksaan kerana kelakuan cuai berkenaan dengan benda beracun.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini, agar tampil membantu siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Khalil berkata, orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat berkenaan kepada Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superitendan Nurul Bazilah Jaafar dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau hotline Polis Johor di talian 07-2212999 atau hotline IPD Seri Alam iaitu 07-3864222.

ARTIKEL BERKAITAN: Pencemaran kimia: Tiga suspek ditahan