Gerai jualan akhbar Sinar Harian diserbu

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Baru sahaja beberapa minit dibuka, gerai jualan akhbar Sinar Harian di Pasar Tani Stadium Shah Alam diserbu orang ramai sempena aktiviti singgah santun Konvoi #RasuahBusters di Lembah Klang.

Meskipun terpaksa beratur panjang, pembaca setia tetap bersedia mendapatkan akhbar nombor satu arus perdana itu.

Bukan sahaja mahu membaca laporan yang telus dan tulus dari dalam serta luar negara, pembaca setia di sekitar Shah Alam hari ini bertuah mendapatkan hadiah berupa jersi edisi khas Sinar Harian secara percuma.

Pembelian dua naskhah Sinar Harian melayakkan orang ramai mendapatkan jersi istimewa Sinar Harian tersebut.