Eto'o dipilih presiden bola sepak Cameroon

Samuel Eto'o -Foto: AFP
Samuel Eto'o -Foto: AFP
A
A
A

LEGENDA Cameroon, Samuel Eto'o dipilih presiden persekutuan bola sepak kebangsaan (FECAFOOT), sebulan sebelum negara itu menjadi tuan rumah Piala Negara-Negara Afrika.

Bekas penyerang yang pernah berbakti bersama Barcelona, ​​Inter Milan dan Chelsea akan mengambil alih organisasi yang telah lama dicemari oleh perbalahan, salah urus dan dakwaan rasuah.

Badan induk bola sepak global Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini telah campur tangan beberapa kali untuk menamatkan perbalahan dalam kalangan pegawai FECAFOOT.

Bekas pemain berusia 40 tahun memenangi pemilihan dengan 43 undi daripada ahli perhimpunan agung FECAFOOT mengatasi pesaingnya juga presiden Seydou Mbombouo Njoya, yang menerima 31 undi.

Cameroon akan menjadi tuan rumah Piala Negara-Negara Afrika dari 9 Januari hingga 6 Februari telah dilucutkan hak untuk menganjurkan kejohanan itu pada 2019 kerana kelewatan dalam persiapan dan faktor keselamatan.

Artikel Berkaitan: